Bina PC Gaming Intel Kaby Lake Budget RM2000

PC gaming ialah impian untuk setiap #PCMasterRace. Namun begitu jumlah budget ialah yang paling menjadi penghalang utama utama untuk kaki permainan komputer. Almaklumlah bahawa, setiap kaki permainan komputer kebanyakannya bukannya anak bangsawan yang punya budget tinggi.

Oleh itu, kali ini saya akan cuba untuk bina PC Gaming dalam jumlah harga RM2,000. Harga ini tidak termasuk harga panel paparan ya. Rujukan harga ialah berdasarkan harga termurah yang dijual di laman Lelong.com.my pada masa artikel ini ditulis.

CPU: Intel Core™ i3-7100  ( RM540 )

Pemproses generasi ke 7 intel iaitu Kaby Lake, walaupun hanya dengan 2 teras fizikal, pemproses i3 ini menyokong fungsi Intel Hyper Threading. Ini memberikan kelebihan berbanding generasi sebelumnya.

Intel i3-7100

 

Papan Induk: Asus H110M-K ( RM 252 )

Pilihan papan induk dengan soket 1151 yang menyokong pemproses generasi ke-6 SkyLake dan Generasi ke-7 Kaby Lake. Namun begitu anda perlukan melakukan kemaskini terkini BIOS untuk menyokong unit pemproses Kaby Lake. Sokongan DDR4 dan tidak sesuai untuk OverClock. Memandangkan pemproses anda tiada fungsi OC, maka papan induk ini pilihan budget anda.

Asus H110M-K

 

RAM: Kingston 8GB DDR4 2133mhz ( RM246 )

DDR4 paling murah yang boleh didapati pada kapasiti 8GB. Walaupun, kebanyakan game terbaru memerlukan kadar RAM minima 4Gb, namun begitu pilihan kapasiti 8GB  ialah paling optima. Anda boleh melakukan upgrade pada masa depan untuk melengkapkan fungsi Dual Channel memori pada masa depan.

Kingston 8GB DDR4 2133mhz

GPU: Palit GTX1060 3GB Dual GDDR5 192bit  ( RM879 )

Pilihan yang paling tepat untuk anda yang inginkan prestasi bermain permainan PC pada setting High atau Ultra pada aturan skrin 1080p 60hz. Walaupun sesetengah permainan memerlukan VRAM yang tinggi seperti permainan GTAV, sangat berbaloi membeli GTX1060 3GB berbanding GTX1050 Ti. Pilihan Dual Fan memberikan kad grafik anda sistem penyejukan yang efisen.

Palit GTX1060 3GB Dual

PSU+ Casis: AVF EXTREMO 100 SERIES ACEX211-BB With 500W PSU ( RM105 )

Design casis yang cantik dan disertakan sekali dengan PSU berkapasiti 500W. Disertakan juga dengan panel port USB3.0 pada casis. Jadi berbaloi kerana anda memperolehi 2 benda pada satu harga.

AVF EXTREMO 100 SERIES ACEX211-BB

JUMLAH KESELURUHAN : RM2022 

+RM220 lagi untuk SSD 120GB

Dengan sistem bernilai RM2000 ini anda akan dijamin puas hati, bermain permainan komputer pilihan anda. Permainan popular seperti Dota2 akan dapat dimainkan pada tetapan maksima pada 1080p. Permainan lain seperti GTAV, The Witcher 3, BF1 akan dapat dimainkan pada tetapan High.

Harga di atas ialah untuk rujukan sahaja. Namun begitu anda mungkin adakan dapat lebih murah jika sistem anda dibina daripada satu penjual kerana anda membeli secara pukal.

Jangan lupa Like atau Share atau Komen Binaan PC Gaming  ini.

Komen anda?