Bina PC Gaming Kaby Lake Budget RM5000

Budget bina PC dalam RM5000 boleh dikategorikan sebagai budget pertengahan. Oleh itu, DP.my akan cuba  mencari kombinasi terkini serta pilihan terbaik jika ingin membina PC gaming impian dengan budget tersebut.  Diingatkan harga RM5000  hanya PC tidak termasuk harga skrin paparan, sistem operasi, papan kekunci serta tetikus serta asesori lain seperti sistem audio.

1. CPU: Intel Kaby Lake i5 7600K
Anggaran Harga:
RM 1150

Pemproses generasi ke-7 Kaby Lake ini memberikan lebih 10% pertambahan prestasi berbanding generaso ke-6 Sky Lake. Walaupun perbezaan hargaa dalam RM100, berbaloi jika mendapatkan teras pemproses terbaru. Intel i5 6700K dengan tidak dikunci, memberikan kemampuan untuk overclock dengan kelajuan yang lebih tinggi. Stok kelajuan ialah 3.6Ghz atau 4.2Ghz turbo dengan 6MB caches.  Dengan keupayaan 4 teras fizikal utama dan teknologi Intel Hyper Threading, pasti memberikan pretasi terbaik untuk sistem PC gaming anda.
Intel i5 6700k

2. Papan Induk: ASUS Z270 TUF MARK 2 
Anggaran Harga:
RM800

Papan induk daripada ASUS yang dilengkapi dengan chipset terbaru iaitu Z270. Walaupun tidak banyak perbezaan antara z270 dan z170, adalah lebih baik mendapatkan generasi yang terbaru. Papan induk soket Intel® LGA 1151 ini bersaiz ATX turut menyokong RAM DDR4 3866 (O.C.), dual M.2 , sokongan USB 3.1, dan teknologi Intel® Optane™.
Z270 TUF MARK 2

3. RAM: CORSAIR RAM DDR4 8GB (2x4GB) VENGEANCE LPX
Anggaran Harga:
RM310

Terdapat pelbagai pilihan DDR4 RAM yang bagus, namun pilihan RAM dari Corsair ini hadir dengan mod Dual Channel 2x4GB serta kelajuan 2666Mhz. Pilihan 8GB RAM ialah paling optima buat masa sekarang jika PC anda dikhususkan untuk bermain permainan komputer. Anda boleh menambah lagi kapasiti pada masa depan bersesuai dengan keperluan.

4. PSU: Super Flower Leadex 80+ Silver 650W 
Anggaran Harga:
RM370

Kapasiti kuasa 650W paling optimum untuk sistem anda. Teknologi semakin maju menyebabkan penggunaan kuasa peralatan yang lebih optimum. Super Flower Leadex mempunyai gred efisyensi 80+ Silver pilihan yang sesuai dengan harga budget anda. PSU ini juga hadir dengan sistem modular penuh,  dimana anda boleh sambung cable yang dipakai sahaja. Ini memudahkan pengurusan kabel dalam binaan anda.
Super Flower Leadex 80+ Silver 650W

5. STORAGE: 1TB Western Digital Blue 
Anggaran Harga:
RM200

Pilihan terbaik pada kelajuan dan kapasiti sebanyak 1TB.  Anda boleh menambah kapsiti atau menggunakan SSD atau M2 Drive pada masa depan jika inginkan kelajuan pindah data yang lebih pantas.
Western Digital Blue

6. CASING: Cooler Master Mastercase 5
Anggaran Harga:
RM450

Cooler Master hadir dengan idea Mastercase 5 dimana, casing PC berkonsep modular dan boleh tambah baik pada masa depan. Bagi saya Mastercase 5 pilihan terbaik kerana konsep sistem modular tersebut. CM Mastercase 5 hadir dengan saiz mid-tower serta dilengkapi fungsi standard kasis. Rekabentuk yang solid serta sistem alihan udara yang bagus dan boleh dikustomasi mengikut citarasa masing-masing. Tambah baik yang direkomen pada masa depan ialah side panel kaca tempered penuh.

Mastercase 5
Siri Mastercase 5 hadir dengan variasi asas, Pro dan Maker

7. GPU: PALIT GeForce GTX1070 Dual Fan
Anggaran Harga:
RM1800

GPU dengan teknologi Pascal GTX1070 termurah setakat ini. Hadir dengan 8GB GDDR5, Base Clock : 1506MHz dan Boost Clock : 1683MHz, serta sistem penyejuk dual fan. Kad ini memerlukan 8pin kuasa.

PALIT GeForce GTX1070 Dual Fan

ITEM  PERKARA HARGA (RM)
CPU Intel Core i5 7600k 1150
Papan Induk ASUS Z270 TUF MARK 2 800
RAM CORSAIR  DDR4 VENGEANCE LPX 8GB PC2666 310
PSU Super Flower Leadex 80+ Plus Silver 650W 370
STORAGE 1Tb WD Blue 200
CASING Cooler Master Mastercase 5 450
GPU PALIT GeForce GTX1070 Dual Fan 1800
JUMLAH KESELURUHAN 5080

Dengan binaan PC diatas bermain permainan pada resolusi 1080p pada Ultra Setting pasti #overkill, pada 1440p ialah paling optima dan 4k pada High. Pasti berpuas hati. Namun begitu pada masa depan anda bolehlah tambah baik binaan anda seperti menambah SSD atau M2, sistem penyejuk CPU cecair, tambah kapasiti RAM atau dekorasi seperti side panel yang berkaca penuh.

Komen anda?