Cabaran Membina PC Berharga PS4 Slim, Mana Lagi Hebat?

PlayStation ialah salah satu konsol yang paling diminati oleh pengguna, yang kini hadir dengan versi terbaru PS4 Slim dan PS4 Pro. Berdasarkan kajian pada harga jualan atas talian, PS4 Slim versi 1Tb dijual dalam harga RM1400 ke RM1600.  PS4 Slim mampu memainkan permainan pada resolusi 1080p, maksimum 60fps dengan aturan Medium-High pada spesifikasi PC.

Jadi dengan jumlah lingkungan harga yang sama, adakah mampu membina PC yang boleh bermain permainan terkini  pada resolusi 1080p dan 60fps? Mari membina PC dan senarai harga diambil berdasarkan laman jualan Lelong.com.my.

CPU: Intel Kaby Lake G4560

Anggaran Harga: RM 300

Intel G4560

CPU budget dengan keupayaan 2 teras fizikal dan hadir dengan Teknologi Hyper Threading. CPU ini menggunakan soket 1151, dengan base clock selaju 3.5Ghz serta 3MB caches.

Papan Induk: Asus H110M-K

 Anggaran Harga: RM 252 

Asus H110M-K

Pilihan papan induk dengan soket 1151 yang menyokong pemproses generasi ke-6 SkyLake dan Generasi ke-7 Kaby Lake. Namun begitu anda perlukan melakukan kemaskini terkini BIOS untuk menyokong unit pemproses Kaby Lake anda.

RAM: APACER 4GB DDR4 2133MHZ 

 Anggaran Harga: RM 116

Disebabkan ingin menepati sasaran budget, 4GB ialah keperluan minima yang anda boleh dapatkan. Jika ada budget lebih, boleh tambah RAM ke 8GB pada masa depan. Pastikan menggunakan model serta kelajuan yang sama untuk memperoleh kelebihan Dual Channel Memory.

GPU: PALIT GeForce GTX1050 StormX 2GB DDR5  

 Anggaran Harga: RM 550

PALIT GeForce GTX1050 StormX

Teknologi paskal dari Nvidia ini hadir dengan sasran entry level GPU. Namun begitu, prestasi tidak menghampakan serta mampu mencapai FPS lebih 70fps pada sesetengah permainan. Satu lagi kelebihan kad ini ialah, tidak perlukan sokongan saluran kuasa luaran, dimana GPU ini hanya menggunakan kuasa terus dari slot PCIE.

Storage: 1TB Western Digital Blue  

 Anggaran Harga: RM 200

Western Digital Blue

Pilihan terbaik pada kelajuan dan kapasiti sebanyak 1TB.  Anda boleh menambah kapsiti atau menggunakan SSD pada masa depan jika inginkan kelajuan yang lebih elok.

Casis dan PSU : AVF EXTREMO 100 SERIES ACEX211-BB + 500W PSU 

 Anggaran Harga: RM 105

AVF EXTREMO 100 SERIES ACEX211-BB

Design casis yang cantik dan disertakan sekali dengan PSU berkapasiti 500W. Disertakan juga dengan panel port USB3.0 pada casis. Jadi berbaloi kerana anda memperolehi 2 benda pada satu harga. Lagipun, kad grafik anda tidak memerlukan tambahan pin kuasa.

Anggaran Harga Keseluruhan Binaan : RM 1523

PS4  didedikasikan untuk bermain permainan, manakala PC boleh digunakan untuk tujuan lain. Sememangnya #PCMasterRace setuju lebih berbaloi bina PC dengan budget sebanyak tersebut.

Bagaimana pula dengan prestasi ketiba bermain permainan? Siapa lagi hebat agaknya?

 

Komen anda?