Perbezaan Chipset Z170 vs Z270

Pihak Intel baru sahaja mengeluarkan secara rasmi pemproses unit teras CPU generasi ketujuh mereka yang di beri kod nama Kaby Lake. Apa yang menarik ialah, pemproses tersebut turut menyokong cipset terbaru iaitu Z270, H270, Q270, Q250 dan B250.  Perbagai pengeluar utama papan induk seperti ASUS, Gigabyte serta ASRock telah pun mengeluarkan papan induk masing-masing yang datang dengan cipset tersebut.

Namun begitu, cipset Z270 yang paling menarik perhatian kerana ianya merupakan kelas Cipset paling tinggi dengan harga paling mahal. Cipset z270 popular dikalangan kaki Overclock dan permain permainan komputer yang hardcore. Namun begitu apa bezanya dengan cipset generasi sebelumnya dalam kategori sama iaitu Z170?

Spesifikasi Cipset Z270 vs Z170

 

Z270 Z170
Pemproses Disokong Kaby Lake/Skylake (LGA 1151) Kaby Lake/Skylake (LGA 1151)
(Kaby Lake perlukan kemaskini BIOS)
Sokongan Grafik 1×16 or 2×8 or 1×8+2×4 1×16 or 2×8 or 1×8+2×4
Sokonngan DRAM DDR4 DDR4
Mem/DIMMs Per Channel 2/2 2/2
Versi DMI 3.0 3.0
Intel Rapid Storage Technology Yes Yes
Intel Smart Response Technology Yes Yes
Jumlah USB (USB 3.0) 14(10) 14(10)
Jumlah SATA 6Gb/s 6 6
Tambahan PCI-E lanes* 24x PCI-E 3.0 20x PCI-E 3.0
Independent Display Support 3 3
CPU Overclocking Yes Yes
Max Intel RST for PCI-E Storage ports
(x4 M.2 or x2 SATA Express)
3 3
Intel Optane Technology Yes No

Secara keseluruhannya, tiada banyak perbezaan antara cipset z170 dan z270. Perbezaan paling ketara ialah penambahan fungsi Intel Optane Tecnology. Teknlogi ini membolehkan pengguna menggunakan pemacu Optane sebagai cache sementara untuk mepertingkatkan kadar masa mengakses fail. Teknologi ini sama seperti menggunakan SATA SSD untuk mempertingkatkan prestasi membaca pemacu melalui Intel Smart Response Technology. Namun begitu lebih pantas menggunakan Optane drive yang dihubungkan terus ke PCI-E berbanding SATA.

Penambahan 4 PCI-E juga tidak banyak, namun begitu dengan ini memberi peluang kepada penambahan fungsi M2 pada papan induk. Pemacu M2 seperti Samsung 960 EVO dan Pro drives lebih pantas berbanding SSD. Jadi ini memberi satu kelebihan jika pemacu M2 lebih mainstream pada masa depan.

Kesimpulan

Jadi secara keseluruhannya, tidak ada banyak perubahan pada cipset z270 berbanding z170. Anda masih berbaloi membeli papan induk z170 berbanding dengan papan induk yang menyokong z270. Namun begitu, jika anda rasa duit bukan penghalang dan inginkan orang pertama memiliki papan induk z270 teruskan rancangan anda. Hal ini kerana papan induk terbaru juga memiliki pelbagai feature terkini seprti fungsi Thunderbolt , reinforced slot PCI-E serta penambahan slot M2. Jadi pilihan di tangan anda.

 

 

 

One Reply to “Perbezaan Chipset Z170 vs Z270”

Komen anda?