Sebagai PC Gamer Berapa Banyak Memori RAM Anda Perlukan?

Versi RAM yang masih releven pada masa kini ialah DDR4 dan DDR3. Dengan harga DDR4 yang sudah semakin menurun, tenyata DDR4 ialah pilihan terbaik untuk binaaan PC anda. Tambahan pula, pemproses utama dari intel Skylake, Kaby Lake serta pemproses AMD Ryzen akan menyokong memori RAM versi DDR4. Memori RAM DDR4 ialah pilihan binaan sokongan masa depan!

Pelbagai pilihan jenama, kapasiti serta kelajuan dan ciri-ciri tambahan seperti lampu RGB
Pelbagai pilihan jenama, kapasiti serta kelajuan dan ciri-ciri tambahan seperti lampu RGB

4GB vs 8GB vs 16 GB vs 32 GB?

Pada tahun 2017, jumlah memori RAM paling optima ialah sebanyak 8GB. Yup, pilihan tepat 8GB jika hanya sekadar untuk bermain permainan PC disamping menjimatkan belanjawan ke arah perkakasan lain seperti GPU.

Sebaiknya anda mendapatkan kit memori yang menyokong Dual Channel. Pada 8GB akan perlukan 2 memori  4gb yang sama pada spesifikasi untuk membuat Dual Channel memori.

Jika budget bukan masalah, dapatkan memori kelajuan tinggi kerana fps permainan PC dapat dipertingkatkan seiring dengan kelajuan memori ram.

ddr4 dual channel hyperx savage
DDR4 dual channel memori boleh dibeli dalam pakej KIT

Kenapa Bukan 16GB atau 32GB?

Pembaziran berlaku kerana kebanyakan permainan video tidak memerlukan memori RAM PC yang banyak untuk dimainkan (sehingga game 2017). Prestasi permainan PC kebanyakkan bergantung kepada grafik kad , dimana turut mempunyai sistem memori tersendiri iaiitu GDDR, dengan versi terkini GDDR5. Permainan PC akan menggunakan memori grafik kad untuk render permainan anda. Sebab itu, memori kad grafik paling optima pada 6GB atau tinggi lebih elok. Perkara inilah yang menyebabkan RAM memori PC tak diperlukan sangat dalam gaming.

Kerja editing & rendering gambar atau video perlukan memori yang besar

Melainkan anda, pengguna tegar perisian edit foto atau video seperti Adobe Photoshop atau Adobe Premier memori yang tinggi diperlukan. Kalau setakat main game, jumlah memori ram yang tinggi bukanlah keperluan.

Kesimpulannya, releven 8GB memori buat masa sekarang. #PCMasterRace adakah anda setuju dan berapakah kapasiti memori anda sekarang?

 

Komen anda?