StarCraft Kini Boleh Dimuat Turun Percuma, Bakal Dalam Versi HD

Pihak Blizzard kini mengumumkan bahawa Starcraft & Starcraft: Brood War kini dapat dimuat turun melalui Battle.net secara percuma. Permainan yang menjadi hit suatu ketika dahulu, turut diberikan tambah baik terbaru iaitu versi patch 1.18!

Patch 1.18 turut memberikan beberapa tambah baik yang menarik seperti:

  • Fungsi bermain dalam paparan penuh atau tetingkap
  • Sesuai dimainkan pada dengan Widnows 7, 8.1 & 10

Baca selanjutnya tentang patch 1.18

Selain daripada muat turun percuma serta patch terbaru, pihak Blizzard juga mengumumkan untuk membuat versi StarCraft: Remastered yang membawakan rombakan besar-besaran terhadap grafik sedia ada. Remastered akan membolehkan permainan dimainkan dalam versi grafik HD, serta audio remastered.

Dijangkakan StarCraft:Remastered akan dilancarakan pada musim panas ini.

 

One Reply to “StarCraft Kini Boleh Dimuat Turun Percuma, Bakal Dalam Versi HD”

Komen anda?