Starcraft Remastered Kini Dibuka Untuk Pra-Belian

Berita baik untuk peminat permainan strategi klasik Starcraft, permainan tersebut kini dibuka untuk pra-belian. Harga permainan tersebut dijual pada USD14.99 atau RM65.

StarCraft Remastered

Jika anda berminat untuk membeli bolehlah ke halaman jualan rasmi Starcraft.

Apa yang menariknya versi StarCraft Remastered ini ialah beberapa penambah baikan seperti grafik boleh capai resolusi 4K, dialog & audio game di-remastered semula, grafik kempen ditambah baik, simpanan progress permainan secara awanan, sistem penentu perlawanan baru dan sistem profile dan rakan.

Starcraft Remastered
Grafik gila cun

Pra-belian sebelum 14 Ogos ini akan mendapat tiga skin binaan unik. Jika nak test & asah skill lama anda seakrang , dah boleh download game original Starcraft secara percuma.

 

Komen anda?